Seorang lelaki yang memakai gelang putih ditahan polis atas kesalahan keluar rumah tanpa tujuan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperkatat secara pentadbiran (TEMCO) di Aman Jaya pada awal pagi Rabu.<br />Ketika kejadian, lelaki berkenaan yang berusia 36 tahun itu dikatakan menunggang motosikal di kawasan berkenaan pada jam 2.30 pagi dalam keadaan agak mencurigakan.