Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak pernah dimaklumkan mengenai pembayaran 681 juta dolar Amerika kepada Aabar Investment PJS Limited yang diperbadankan di Seychelles (Aabar Seychelles) pada 2014.<br />Menurut bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi pengarah juga tidak memberi sebarang persetujuan bagi pembayaran yang dikeluarkan 1MDB Energy Holdings Limited kepada Aabar Seychelles.