Linangan air mata mengiringi pengumuman persaraan Syaidatul Afifah Badrul Hamidi daripada pentas tenpin bowling negara. Kepada Syaidatul Afifah, tiada sedikit pun penyesalan sepajang terbabit dalam sukan itu.<br /><br />Tetapi, yang ada cuma memori sepanjang 11 tahun di pentas tertinggi dunia. Beliau juga terkenang pengorbanan ibu dan bapanya sepanjang bergelar atlet Malaysia.
