Kajian Ilham Centre juga mendapati peratusan pengundi masyarakat Melayu terus meningkat dalam beberapa siri Pilihan Raya Kecil.<br />Menurut Ketua Penyelidikan Ilham Centre, Prof Madya Dr Mohd Yusri Ibrahim, ia membuktikan bahawa sokongan menerusi kertas undi terus dilakukan meskipun pelbagai kemelut politik berlaku ketika ini.
