Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seramai 48 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Khamis, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.<br />Ismail Sabri dalam kenyataan media pada Jumaat, berkata daripada jumlah itu seramai 47 individu dikenakan kompaun manakala seorang dijamin.