Parti Warisan Sabah (Warisan) akan mengumumkan calon parti itu bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 10 September ini.<br />Perkara itu didedahkan presidennya yang juga Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.<br />Bagaimanapun kenyataan Mohd Shafie tidak merujuk secara keseluruhan sama ada pengumuman calon tersebut termasuk parti rakan sekutunya iaitu UPKO, DAP, PKR dan Amanah.
