Bekas Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Kelantan didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas tuduhan meluluskan borang permohonan kertas kerja palsu berjumlah RM15,450 tahun lalu.<br />Tertuduh, Anuar Mat Zin, 46 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zaman Mohd Noor.
