Kerajaan mewujudkan Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) sebagai platform tertinggi untuk memperbaharui dan memperkukuh pembangunan sosioekonomi Bumiputera.<br /><br />Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, majlis itu akan dipengerusikannya dan dianggotai beberapa anggota jemaah menteri, Ketua Setiausaha Negara, Ketua Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) serta tokoh-tokoh perniagaan Bumiputera.