Mereka yang layak mengundi bagi Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-16 boleh membuat semakan pusat dan tempat mengundi atau saluran mulai hari ini.<br /><br />Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Ikmalrudin Ishak memaklumkan, semakan itu boleh dibuat melalui empat kaedah iaitu portal SPR, aplikasi MySPR Semak, khidmat pesanan ringkas dan hotline SPR.
