Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan baru berkaitan penyalahgunaan harta iaitu melupuskan tanah milik kerajaan negeri Pulau Pinang di Mahkamah Sesyen Butterworth.<br />Guan Eng membuat pengakuan itu selepas kedua dua pertuduhan dibacakan dibawah Seksyen 403 kanun keseksaan (Akta 574) di hadapan Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid pagi tadi.