Tular dalam media sosial mengenai seorang calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bagi kawasan Sekong, Batu Sapi, Alias Sani yang dikatakan kononnya seorang pengganas.<br />Calon dari Parti Warisan Sabah (Warisan) itu juga didakwa pernah menjadi tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana memberi sumbangan untuk aktiviti tidak baik.<br />Ketika ditemui wakil Astro AWANI dalam satu program di Kampung Bokara, Batu Sapi, pada Ahad, Alias memberi penjelasan mengenai perkara itu.
