Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, Ops Benteng semalam menyaksikan seramai 46 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan manakala sebuah bot, dan tiga buah kenderaan darat dirampas.<br />Katanya lagi, sebanyak 79 Sekatan Jalan Raya (SJR) telah dilakukan pada Isnin.<br />Ismail Sabri berkata, kerajaan telah bersetuju untuk memperhebatkan lagi Ops Benteng, terutamanya di kawasan Pantai Timur Sabah, ekoran terdapat kes PATI yang menyeludup masuk, dan positif COVID-19.