Astro Malaysia Holdings Berhad mencatatkan peningkatan pendapatan sebanyak empat peratus dan keuntungan selepas cukai sebanyak 81 peratus bagi suku kedua tahun kewangan 2021.<br />Susulan itu, Astro mengumumkan peningkatan dividen kepada satu perpuluhan lima sen sesaham, berbanding satu sen sesaham pada suku lalu.