Seorang Timbalan Pengarah sebuah syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana menyebabkan pekerja yang melaporkan salah lakunya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipecat. <br />Tertuduh, Wafiy Abd Aziz, 35, adalah individu pertama didakwa sejak Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 berkuatkuasa.