Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan beliau bukan seorang penjajah yang mahu menjajah Sabah di bawah parti Perikatan Nasional (PN).<br />Sebaliknya jelas Perdana Menteri, apa yang penting adalah kerjasama antara kerajaan negeri serta persekutuan bagi sama-sama memajukan Sabah dan Malaysia.<br />Tegasnya, apa yang penting adalah pembangunan di Sabah itu bukan hanya dapat diteruskan tetapi dilakukan dengan segera bagi manfaat rakyat.