Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia, SUKMA bercadang untuk mengubah modul pelaksanaan temasya itu dengan menggunakan sistem penggiliran iaitu dua tahun di negeri tuan rumah, dan dua tahun di sekitar Lembah Klang.<br />Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, cadangan itu akan dibawa ke mesyuarat Kabinet.
