Impak COVID-19 memberi kesan kepada Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk berubah dan menyesuaikan diri dengan perniagaan digital bagi memastikan kelangsungan syarikat.<br />Pengasas Syarikat Mama Best Food Manufacturer Sdn Bhd, Datin Rozilah Abdullah berkata, berdepan kerugian 80 peratus ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memaksa beliau melakukan perubahan segera terhadap strategi pemasaran produk.
