Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan beliau sudah mendapat sokongan kukuh daripada ahli parlimen untuk menubuhkan kerajaan.<br />Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, beliau sudah mendapat perkenan untuk mengadap Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Selasa lalu namun ditangguhkan selepas Baginda mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).