Kerajaan memperkenalkan pakej kerangka inisiatif tambahan PRIHATIN, atau Kita Prihatin.<br />Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas berkata, keputusan itu diambil selepas mendapati ia diperlukan oleh rakyat ketika zaman serba mencabar.<br />Pakej itu memberi tumpuan kepada empat golongan - B40 berkeluarga dan bujang, M40 berkeluarga dan bujang, golongan pekerja pelbagai bidang, dan peniaga mikro pelbagai bidang.