Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu membuktikan dakwaan beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan.<br />Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, tindakan yang dilakukan pemimpin terbabit bukan sahaja telah memberi kesan dalam kestabilan ekonomi negara malah turut akan menjejaskan imej Malaysia.
