Di Pentas Perhimpunan Agung PBB, Perdana Menteri turut membangkitkan dua isu yang jadi perhatian Malaysia. Pertama, tindakan Israel yang terus menceroboh wilayah Palestin.<br /><br />Kata Muhyiddin, Malaysia kekal dengan pendirian bahawa tindakan zionis itu secara terang-terangan mencabuli undang-undang antarabangsa.<br /><br />Selain isu Palestin, turut disentuh Muhyiddin adalah nasib etnik paling malang di dunia, Rohingya.
