Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyarankan agar pentadbiran Mahkamah Syariah di negara ini memberi keutamaan terhadap penggunaan teknologi.<br />Beliau berkata, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyaksikan sebahagian besar sektor penting negara ini ditutup bagi mengekang penularan COVID-19, turut memberi impak kepada sistem perundangan itu.<br />Dalam pada itu Perdana Menteri berkata, kerajaan telah mengambil pendekatan mengimbangi keperluan melaksanakan perintah agama, dengan keperluan menjaga nyawa, ketika memperkenalkan Prosedur Operasi Standard berperingkat sewaktu pelaksanaan PKP.<br />Ujarnya lagi, ia merupakan antara contoh bagaimana dua prinsip Maqasid Syariah iaitu memelihara agama dan memelihara nyawa, dilaksanakan kerajaan dalam usaha melindungi rakyat dari ancaman COVID-19.
