Seorang pengarah urusan sebuah syarikat ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu bernilai lebih RM22 juta dua tahun lalu.<br />Pengarah urusan berusia 33 tahun itu didakwa telah mengemukana dokumen mengandungi butiran palsu dengan tujuan untuk memasuki tender sebuah kementerian pada Julai 2018.