Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan Program Digitalisasi Urus Tadbir Tenaga Kerja (PRODUTK) khusus untuk mendigitalisasikan urus tadbir tenaga kerja bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana di negeri itu.<br /><br />Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ia merupakan sebuah lagi inisiatif transformasi digital selepas pelancaran Penjejakan Kontak secara "automation" melalui QR code, SELangkah yang membantu peniaga dan individu menjalani kehidupan seharian dengan lebih selamat.
