Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, langkah Kementerian Kesihatan Malaysia sejak Mac adalah memutuskan rantaian jangkitan, bukan vaksin kerana ia belum ada lagi.<br /><br />Kata beliau, kes di Putrajaya adalah terhad dan aktiviti pengesanan telah dijalankan selain kawalan awam boleh diamalkan menerusi SOP yang disarankan seperti sebelum ini iaitu penjarakan sosial dan memakai pelitup muka.
