Kerajaan Negeri Selangor sedia menawarkan ganjaran kepada mana-mana pihak yang memberi maklumat berhubung pencemaran sungai yang menjejaskan bekalan air mentah di Sungai Semenyih. <br /><br />Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, tindakan itu dilakukan memandangkan pencemaran sungai itu memberi impak besar kepada pengguna terutama di negeri itu.