Gangguan bekalan air tidak berjadual di 274 kawasan di Petaling, Hulu Langat, Sepang dan Putrajaya merangkumi 309,687 akaun pengguna pulih sepenuhnya.<br /><br />Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Selangor, Suhaimi Kamaralzaman, air bersih yang disalurkan sudah melalui ujian kualiti dan pematuhan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
