Kerajaan UK akan membayar dua pertiga daripada gaji pekerja syarikat yang ditutup berikutan sekatan COVID-19 baharu yang dijangka berkuat kuasa minggu depan.<br /><br />Dalam perubahan polisi, Menteri Kewangan UK, Rishi Sunak menyahut seruan perniagaan, pemimpin tempatan dan kesatuan pekerja untuk menyediakan pakej sokongan kewangan mencegah kehilangan pekerjaan secara besar-besaran di sektor yang bakal dikenakan sekatan baru.
