Polis Sabah sedang memburu baki tujuh daripada 14 tahanan yang melarikan diri dari Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau pada awal pagi Jumaat.<br /><br />Mereka yang diburu merupakan tahanan lelaki pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina dan Indonesia yang akan dihantar pulang ke negara asal sementara menantikan keputusan saringan kesihatan COVID-19 keempat.