Situasi pentadbiran negeri Sabah mampu terjejas susulan Ketua Menterinya, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor disahkan positif COVID19.<br />Pakar Epidemiologi, Prof Datuk Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud berkata, adalah sesuatu yang berisiko bagi jentera kerajaan negeri sekiranya berlaku jangkitan secara meluas yang akan melumpuhkan pentadbiran negeri.
