Kerajaan Pulau Pinang mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Reman dan kuarters Jabatan Penjara Negeri Pulau Pinang.<br /><br />Ia berikutan pengumuman Kementerian Kesihatan bahawa kluster Penjara Reman di Pulau Pinang pada Isnin mencatatkan 141 kes baharu COVID-19, tertumpu hanya dalam kalangan banduan.
