Gabenor Wisconsin , Tony Evers meminta penyokong Republikan dan Presiden Trump supaya memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal ketika mana kes positif dan kematian akibat COVID-19 semakin meningkat di negeri itu.<br />Kata Evers, ini kerana Trump dijadual berada di Janesville pada Sabtu ini dalam rangka jelajah ke Wisconsin.<br />Antara lain, jadual Trump di negeri itu merangkumi kempen menambah dana untuk pilihan raya.<br />Trump juga dijangka menghadiri beberapa perhimpunan terbuka semasa berkempen di negeri berkenaan.<br />Presiden Amerika Syarikat itu, menggerakkan semula kempennya pada Isnin selepas selesai kuarantin di White House susulan disahkan positif COVID-19.
