Lebih banyak peminjam berupaya menyambung semula bayaran balik pinjaman dalam beberapa bulan kebelakangan ini, meskipun prospek pendapatan dan pekerjaan mereka dijangka terjejas akibat pandemik COVID-19, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).<br />Dalam laporan semakan kestabilan kewangan separuh tahun 2020 yang dikeluarkan hari ini, BNM memaklumkan, sebahagian besar daripada mereka terus berdaya tahan, kerana disokong penampan kewangan yang selesa.<br />Khususnya dalam kalangan golongan berpendapatan tinggi, dan tahap bayaran balik hutang oleh isi rumah yang secara amnya berhemat.
