Mana-mana parti mahupun Ahli Parlimen berhak untuk mengemukakan usul termasuk usul tidak percaya untuk dibahaskan di Dewan Rakyat.<br />Bagaimanapun, tegas Ahli Parlimen Kinabatangan, pihak yang mengemukakan usul itu perlu arif dan faham yang mana peraturan peraturan 15, peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat menyatakan bahawa urusan kerajaan hendaklah didahulukan berbanding urusan-urusan lain.
