Kerajaan Negeri Kedah akan membawa cadangan pengharaman penanaman ketum ke Mesyuarat Exco termasuk mendapatkan pandangan agensi berkaitan.<br />Menurut Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, isu berkaitan ketum dilihat agak sukar ditangani berikutan undang-undang yang meletakkan tumbuhan itu di bawah Akta Racun 1952.
