Malaysia mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu 10 kes baharu hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian akibat COVID-19 meningkat kepada 214 kes.<br />Selain itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 710 kes baharu COVID-19 juga direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 24,514 kes.
