Menteri Wilayah Persekutuan melontarkan beberapa persoalan menerusi laman Facebook beliau, yang memberi gambaran mengenai keperluan peruntukkan untuk menangguhkan pilihan raya. <br />Tan Sri Annuar Musa dalam persoalannya itu bertanyakan mengenai apakah peruntukan undang-undang yang wujud untuk membolehkan pilihan raya ditangguhkan demi memastikan COVID-19 dapat dikawal.
