Seorang kru kapal meninggal dunia manakala 124 yang lain berjaya diselamatkan dalam satu insiden kecemasan di kapal platform Dayang Topaz di perairan Miri, pagi Selasa.<br /><br />Maritime Rescue Coordination Centre (MRCC Putrajaya) menerima aduan kira-kira jam 6.45 pagi tadi daripada kapal Sapura Construction yang menerima isyarat kecemasan daripada kapal Dayang Topaz di posisi 7.7 batu nautika dari Kuala Baram, Miri.