Semua masjid dan surau di zon Nilai yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dibenarkan mendirikan solat lima waktu berjemaah dan solat Jumaat.<br />Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, bagaimanapun ia terhad kepada Imam, Bilal dan Siak bagi solat lima waktu manakala 40 jemaah bagi solat Jumaat.