Suspek yang melarikan diri dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Goh Leong Yeong atau dikenali sebagai Alvin menafikan pembabitannya dalam kegiatan Macau Scam dan perjudian dalam talian.<br /><br />Video penafiannya berdurasi lapan minit 39 saat dipercayai turut dimuat naik dalam Facebook oleh kenalan Alvin sejurus selepas ahli perniagaan itu diberkas Polis Diraja Malaysia (PDRM).