Seramai 549 individu ditahan pada Rabu atas pelbagai kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).<br /><br />Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu seramai 547 individu telah dikenakan kompaun manakala dua lagi direman.