UMNO sekali lagi mengulangi pendirian bahawa parti itu dengan jelas menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja untuk memastikan pentadbiran negara diurus dengan baik berpandukan perlembagaan negara.<br /><br />Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pendirian tersebut termasuk memastikan negara tidak diisytiharkan darurat sebagaimana yang dicadangkan kerajaan.
