Kerajaan menerusi Kementerian Kewangan sedang meniliti cadangan-cadangan yang dikemukakan pembangkang berhubung pembentangan Belanjawan 2021 pada Jumaat ini.<br />Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kerajaan memberi jaminan bahawa Belanjawan 2021 akan menekankan sektor-sektor yang terjejas teruk termasuk pelancongan dan penerbangan negara.
