Hujan lebat sejak tengah malam semalam hingga awal pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan di Seremban dan Rembau dilanda banjir kilat.<br />Kejadian itu mengakibatkan kira 450 penduduk di 11 kawasan terjejas dan menyebabkan kerosakan harta benda.<br />Manakala, seorang lelaki dilaporkan hilang selepas dipercayai dihanyutkan arus deras di Jalan Rasah dan operasi mencari serta menyelamat masih diteruskan.
