Ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh pula menyifatkan Piala Malaysia sebagai medan untuk anak buahnya tunjukkan belang sebenar, selepas mengharungi pelbagai dugaan, termasuk krisis kecederaan, sepanjang musim ini.<br />Walaupun sering dilabel sebagai pasukan yang bergantung kepada Dickson Nwakaeme, Dollah berpendapat, senjata utama Pahang, menjelang perlawanan menentang Kedah, adalah barisan pemain muda yang kini menjadi nadi skuad Tok Gajah.