Pembangkang menggesa supaya Kementerian Kewangan meniliti semula Belanjawan 2021 yang dibentangkan pada Jumaat dengan memfokuskan usaha menangani COVID-19, aspek kesihatan serta lonjakan ekonomi.<br /> Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembangkang akan memastikan rencana segera dilakukan sekiranya Belanjawan 2021 tidak diluluskan.<br />Bagaimanapun, parti pembangkang bersedia memberi kerjasama terhadap Belanjawan 2021 demi kesejahteraan rakyat dan pertumbuhan semula ekonomi.
