Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Belanjawan 2021 perlu diubah suai menjadi lebih realistik untuk mendapat sokongannya di Parlimen.<br /><br />Ahli Parlimen Langkawi itu mengakui takut kerana belanjawan kali ini adalah yang terbesar dalam sejarah, tetapi kerajaan tidak mampu membiayainya ekoran keadaan ekonomi sekarang.
