Tempoh penutupan sekolah sehingga tamat penggal tahun ini berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bukanlah waktu cuti bagi semua murid atau pelajar dan guru.<br /><br />Sebaliknya, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Habibah Abdul Rahim berkata, proses pembelajaran dan pengajaran (PDP) perlu diteruskan seperti biasa sehingga tamat penggal pada 17 dan 18 Disember 2020.
