Sebuah panel bebas yang memerhati pengendalian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) terhadap tindak balas COVID-19 mempertimbangkan sama ada agensi itu mempunyai cukup kuasa dan dana untuk tangani wabak pada masa depan.<br />Bekas Perdana Menteri New Zealand Helen Clark yang merupakan pengerusi bersama panel bebas kesediaan dan tindak balas pandemik itu menyenaraikan keutamaannya semasa perhimpunan tahunan WHO, pada Isnin.