Bermula September, kini memasuki Novermber, setiap bulan ada sahaja isu gangguan air melibatkan negeri-negeri di Lembah Klang. <br />Isu ini sudah seperti biasa dan rakyat pun muak dengan situasi ini. <br />Semestinya satu tindakan yang tuntas perlu disegerakan yang meliputi kepada sistem serta penguatkuasaan bagi memastikan kelestarian bekalan air.<br />Untuk mengupas mengenai isu ini, kita bersama Pakar Sistem Air dan Penolong Setiausaha Kehormat, Sahabat Sungai Malaysia, Mansor Abd Ghani di talian ketika ini.